lazada.com.my

Thursday, 31 October 2013

Movie Trailer Panas - The LEGO® Movie

Wah bagi penggemar Lego, filem ini sudah pasti menarik! terutama bagi mereka yang membesar bermain dengan Lego. Jom usha!


Sunday, 27 October 2013

Berita Panas - Kek Berupa Mee Ramen

Suka makan mee sup ramen? suka makan kek? Haa ini dia, "Kek Ramen" yang sedang trending di Jepun. Memang ideal untuk dihadiahkan kepada pencinta mee ramen ketika ulang tahun. So kat Malaysia kita patut try buat kek nasi lemak la.







Saturday, 26 October 2013

Berita Panas - Transformers Kotak Cokelat

Kraf transformer ini dicipta oleh Dori Asuka yang menggunakan medium seperti kotak cokelat. Ia jugga boleh berubah dari bentuk kotak kepada robot ala transformers.

Wednesday, 23 October 2013

Berita Panas - Pelancongan Ke Angkasa Lepas Berharga RM240,000

Pelancongan angkasa ni bunyi macam menarik dan ia sudah pasti menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan tetapi untuk satu trip yang sama dengan harga sebuah rumah, sudah pasti bukan semua orang mampu untuk menampung kos pelancongan ke angkasa ini. Projek pelancongan ke angkasa lepas ini di usahakan oleh syarikat Paragon Space Development Corp. Jadi tak hairanlah kalau yang menyertai pelancongan ini dari golongan elit kerana kos pelancongan ini berharga sebanyak RM240,000. Rajin2 simpan duitlah bagi yang berminat tu.





Tech Panas - Ipad Air

Evolusi terbaru iPad yang di namakan iPad Air adalah dua kali lebih laju, 20% lebih nipis, berat hanya 1lb dan disertakan dengan paparan Retina. Difahamkan juga bahawa pehak Apple menyatakan iPad Air adalah lebih nipis, lebih ringan dan lebih kuat berbanding model2 sebelumnya. iPad Air juga menggunakan cip A7 model terbaru Apple, iPhone 5S .










Pergh! Panas - Pakcik Otai "Gigit" Kepala Ular Tedung

Persoalan sekarang, siapa manusia dan siapa pulak ular?

Tuesday, 22 October 2013

Pergh! Panas - Bagaimana Kalau FA-18 Lancar Sonic Boom Di Tepi Pantai?

Kalau orang yang ada masalah pendengaran di galakkan supaya tidak berdekatan dengan kawasan pelancaran ini.

Tech Panas - Konsep Sut Futuristik Angkasawan.

Artis Jeff Miller telah di inspirasikan untuk menghasilkan seni grafik sut konsep angkasawan selepas menonton filem "Gravity". Semakin stylo rekabentuk sut angkasawan, 20 tahun dulu macam kura2 pun ada.




Retro Panas - Mike Tyson Berumur 19 Tahun, Mengalahkan Peninju Bawah 2 Minit

Mike Tyson adalah nama yang sinonim dengan kehebatan tinjunya, tetapi banyak yang tak tahu peninju berbakat ini mula meninju secara pro seawal umur 18 tahun. Jom tengok "uppercut" menyengat Mike Tyson.

Pelik Panas - Perabot Di Inspirasikan Oleh Binatang

Cuba tengok dalam banyak-banyak perabot ni, ada tak mana-mana yang korang berkenan? Rasa pelik la pulak kalau ada perabot berupa macam binatang berdiri kat kawasan ruang tamu.











Monday, 21 October 2013

Berita Panas - "Manusia" Bionik Pertama Di Dunia

Dr Bertolt Meyer telah mencipta "Manusia" bionik yang pertama di dunia. Organ-organ manusia bionik ini semua diperbuat dari mekanikal. Manusia bionik ini juga boleh berjalan, bercakap dan mempunyai nadi jantung yang berdegup. Adakah kita semakin dekat dengan era robotik seperti filem "Bicentennial Man"?



Berita Panas - Peminat Justin Bieber Habiskan $100,000 Untuk Rupa Seiras

Seorang lelaki berumur 33 tahun telah menghabiskan $ 100,000 dalam masa lima tahun semata-mata ingin kelihatan wajah idolanya Justin Bieber. Toby Sheldon adalah pencipta lagu dari Los Angeles yang telah menggunakan iras-iras Bieber sebagai inspirasi dan melanjutkan pembedahan, termasuk pengisi muka, pengurangan dagu dan pembedahan kelopak mata. Semakin gila orang memuja bintang selebriti.



Berita Panas - Gendang Bermelodi "Hang Drum"

Gendang atau dram yang sedia ada biasanya menghasilkan rentak dalam setiap lagu, tapi bukan untuk "Hang Drum" yang menghasilkan melodi seperti piano.

Jenaka Panas - Gorilla Takut Dengan Angsa

Jangan tengok dari paras rupa, tengok lah hati sekali. Hehehe.

Cemas Panas - Trak Hilang Kawalan Di Zhoushan

Rakaman CCTV menunjukkan aksi sebuah trak merentasi jambatan Zhoushan yang terumbang-ambing akhirnya terhenti di sebelah jalan. Pemandu tu bernasib baik kerana hanya cedera ringan. Kalau betul jadi depan mata memang cuak habis la.

Movie Trailer Panas - Disebalik Pembikinan Filem "Thor 2: The Dark World"

Jom kita tengok video eksklusif pembikinan filem "Thor 2: The Dark World"

Berita Panas - Pemain Bola Guatemala Dilempar Mercun

Fanatik betul peminat bola sepak Guatemala. Kisahnya selepas pemain ini dibuang padang, penyokong pihak lawan melontar mercun ke arah muka pemain itu ketika dia di dalam perjalanan hendak masuk ke terowong keluar padang. Emosi bertukar menjadi sadis.

Sunday, 20 October 2013

Berita Panas - Ikan Kerapu Gergasi Tumpas Dalam 25 Minit

Seorang pelancong British telah menangkap ikan Kerapu yang mungkin boleh diiktirafkan sebagai pemegang rekod dunia. Ketika bercuti di Thailand untuk hari lahirnya, Keith Williams menangkap ikan Kerapu seberat 134-paun dan dipercayai ia adalah ikan kerapu terbesar pernah ditangkap di dunia. Keith melaporkan bahawa dia mengail ikan gergasi ini selama 25 minit.  

Jenaka Panas - K-Pop Merentasi Alam Star Wars?

Macam mana lah dalam alam "Star Wars" boleh ada K-pop pulak ni?

Short Film Panas - Donnie Yen vs Bruce Lee

Filem pendek CGI kali ni adalah mengisarkan pertempuran antara Donnie Yen dengan idolanya Bruce Lee. Memang padu betul pergerakan CGI Bruce Lee.

Berita Panas - Pertempuran Elektrik Voltan Tinggi

Pada Festival di Queens Belfast di Ireland, dua orang lelaki berpakaian "Sut Faraday" khas memanjat di atas gegelung Tesla dan bertempuran dengan tenaga elektrik voltan tinggi. Memukaukan tengok diorang main lawan2 pakai elektrik.

Berita Panas - Bread Cat

Breading Cat adalah satu trend gambar di internet yang melibatkan mengambil gambar kucing dengan sekeping roti diletakkan di sekeliling kepala kucing. Admin tengok dah macam singa pulak, tapi singa jinak la.

Short Movie Panas - Lead Me

Pengarah/animator Omar Meradi menghasilkan CGI filem pendek yang dipanggil "Lead Me",dengan visual yang menarik dan menakjubkan tidak lupa jugak skor muzik yang sentimental.

Music Video Panas - Pergerakan Jari Yang Awesome

Tengok pergerakan jari yang boleh pukau korang buat seketika.

Pergh! Panas - Bagaimana Nak Melucutkan Senjata AK-47 Dalam Sesaat

Ini kalau silap langkah memang nahas.

Tech Panas - Pemandangan Quadcopter Dia Atas Kapal Kargo

Quadcopter adalah multicopter yang terapung dan digerakkan oleh empat kipas secara serentak dan ia juga dikelaskan sebagai salah satu jenis helikopter. Video berikut adalah pemandangan Quadcopter yang berterbangan di atas kapal kargo yang sedang berlayar di laut.

Saturday, 19 October 2013

Berita Panas - Makcik Berbangsa India Fasih Berbahasa Mandarin

Video ni dirakam di Singapura di mana makcik berbangsa India ini sangat fasih bertutur di dalam bahasa Mandarin. Peliknya di dalam bahasa Tamil, makcik ni hanya tahu perkataan2 lucah sahaja. Wah ini macam pun ada?


Fail Panas - Lawan Lontar Keyboard Komputer

Pelik betul lah admin tengok orang kat Russia ni.. adui la.

Berita Panas - Teknologi Pawagam "ScreenX"

Di Korea Selatan terdapat sistem teknologi baru yang dipanggil "ScreenX" dan ia memberikan pandangan 270 darjah panorama di mana ia dipancarkan pada dinding pawagam itu. Ini berbeza daripada sistem pawagam panorama ciptaan Amerika Syarikat yang menggunakan skrin melengkung.



Berita Panas - Jika Jarak Bulan Sama Dengan ISS

Bila tengok bulan pada waktu malam, nampak macam kecik dan jauh kan? Tapi apa kata korang bayangkan jarak bulan yang sama dengan ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa)mesti langit dekat bumi ni macam filem2 sci-fi.

Pelik Panas - Gol Hantu

Kalau di ikutkan logik sepatutnya bola itu tidak patut masuk ke dalam net, perhatikan betul2 pada minit 0:55-1:00.

Prank Panas - Prank Peluk Abang-Abang Bengis Di Khalayak Awam

Berani tak korang peluk abang2 yang muka bengis kat luar sana? Jom tengok apa reaksi abang2 bengis ni apabila mat ni prank nak peluk, haih tak pasal2 kena hentam.

Pelik Panas - Watak Kartun Bijirin Sarapan Pagi Diubahsuai Menjadi Ganas

Korang kalau pegi supermarket pastu nampakkan watak2 kartun yang terpapar kat kotak bijiran sarapan pagi kan semua comel? Tapi cuba bayangkan kalau semua watak2 tu di alam realiti. Jom tengok rupa mereka yang di ubahsuai oleh pelukis grafik Guillermo Fajardo.





Friday, 18 October 2013

Fail Panas - Kucing Obese Tak Boleh Keluar Dari Tab Mandi

Kucing ni baru lepas dimandikan oleh tuannya tapi bila dah habis mandi, si kucing ni masih tersangkut tak boleh nak keluar dari tab mandi. Rasanya si kucing ni kena ambik pil kurus kot.

Kreatif Panas - Menggoreng Telur Dadar Sempurna Ala Jepun

Memang pro betul pakcik ni, kalau admin buat dah lama jadi telur setengah masak.

Berita Panas - Budak Bermata Kucing

Nong Yousui adalah seorang budak berketurunan cina yang mempunyai anak mata biru dan yang peliknya penglihatan Nong seolah-olah seperti kucing dimana dia dapat melihat secara jelas di dalam keadaan gelap. Kalau dia ni hilang dalam gelap pun tak payah susah2 nak cari lampu suluh.

Parody Panas - Batman vs Superman

Konflik ego lawan ego superhero yang tak boleh blah.

Photo Panas - Lokasi-Lokasi Terbiar Yang Menggerikan

Lokasi2 terbiar ini memang sesuai sangat bagi mereka yang nak buat penggambaran filem horror atau pun "ghost hunting", silap hari bulan ghost yang hunting kita.



Nara Dreamland, Jepun

Tasik di Jerman

Ukraine

Pusat Penjana Kuasa Nuklear Russia

Perancis

Perairan England

Stesen Keretapi Czstochowa , Poland

Antartika

Dewan Hafodunos, Wales

Lokasi yang terbiar semenjak 1866, Itali